Pada awal minggu ini The Vocket melaporkan kelihatan Honda City dengan pelekat Gojek berada di salah satu lokasi ibu kota yang telah menjadi tanya ramai.

Terbaharu, Tech In Asia melaporkan wakil Gojek mengesahkan bahawa gergasi ride-hailing itu tidak bercadang untuk memasuki pasaran Malaysia buat masa ini.

Syarikat ‘Unicorn’ dari Indonesia itu berkata bahawa Honda City hitam dengan pelekat Gojek yang The Vocket temui itu merupakan sebahagian daripada penggambaran salah satu babak untuk kempen promosi akan datang yang dijangka dipertontonkan pada akhir tahun ini.

Sebelum ini firma Indonesia itu mempertimbangkan untuk menjalankan percubaan perintis di Malaysia pada 2019 selepas kerajaan bersetuju untuk memberikan kelulusan utama di negara ini. Gojek juga ada mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran Malaysia menjelang 2020.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia membuat pusingan-U, menolak idea ‘motosikal e-hailing’ dengan menyatakan antara kadar kematian yang tinggi disebabkan penglibatan penunggang motosikal dalam kemalangan jalan raya.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Perodua sudah mula membuka tempahan untuk Perodua Alza 2022. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tempahan Perodua Alza Serba Baharu Dibuka Dengan Harga Bermula RM62,000

Sangkakan Parkir Kosong, Mat Salleh Ini Kongsi Pengalaman Terkena ‘Prank’ Dengan Kereta Kancil

Orang Ramai Sambut Baik Tindakan MPAJ Sita Barangan ‘Penanda Cop Parkir’ Di Kawasan PPR