Siapa sangka di sebalik sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Padang Kerbau, Miri terletaknya sebuah  pondok buruk yang dalamnya mengandungi mesin melombong kriptowang bernilai RM225,000.

Menerusi serbuan yang dibuat oleh pihak polis daerah Miri serta pegawai Sarawak Energy pada 25 Jun lalu, didapati pondok ini mencuri elektrik yang kemudiannya dikesan oleh pihak Sarawak Energy.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi serbuan yang dijalankan, pihak polis telah menemui 44 mesin melombong kriptowang, server melombong serta beberapa wayar yang disambungkan kepada transformer berdekatan.

OPC2_210627_100725
Sumber: sarawakenergy

Pondok yang buruk dan usang tersebut dilaporkan tidak mempunyai struktur yang kukuh dan berpotensi untuk roboh sekiranya didatangi angin ribut yang kuat.

Menerusi serbuan yang dibuat, pihak polis telah merampas kesemua alatan yang terkandung dalam pondok tersebut untuk dibawakan ke Balai Polis Daerah Miri sebagai bahan bukti.

OPC5
Sumber: sarawakenergy

Selain itu, pihak polis dilaporkan sedang mencari pemilik tanah berkenaan dalam membantu siasatan. Dimaklumkan pihak pencuri elektrik kini giat menggunakan premis atau lokasi yang buruk dan usang agar tidak mudah dihidu pihak berkuasa.

Pihak Sarawak Energy turut memaklumkan pihak mereka sedia menerima sebarang aduan daripada orang ramai dalam membanteras isu penggunaan elektrik yang tidak sah khususnya untuk melombong kriptowang.

Orang ramai berpeluang menghubungi mereka dengan menelefon pihak khidmat pelanggan Sarawak Energy pada nombor 1300-88-3111 atau emel kepada pihak Sarawak Energy.

Sebelum ini Tesla pernah merancang untuk menambah kriptowang Dogewang sebagai kaedah pembayaran.

Elon Musk Pertimbang Tesla Tambah Kaedah Pembayaran Kriptowang ‘Dogecoin’

Daymak Rancang Hasilkan Kereta Elektrik Boleh Melombong Kriptowang Pertama Dunia