Ketika ini, murid-murid sekolah harus mengikuti Pengajaran-Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) disebabkan penularan wabak COVID-19 yang masih belum dapat ditangani.

Kelengkapan pembelajaran di rumah dari segi jaringan internet, gajet dan sebagainya menjadi antara masalah murid-murid untuk belajar dengan selesa. Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Norliyana yang memberikan telefon pintarnya kepada anak untuk sesi PdPR terkejut apabila baki wang dalam akaunnya tinggal RM2 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsiannya, anaknya telah membeli permainan berjumlah RM2,600 di GooglePlay tanpa pengetahuannya sepanjang sesi PdPR berlangsung. Bukan itu sahaja, Norliyana turut berasa pelik bagaimana transaksi berjaya sedangkan tidak menerima nombor TAC.

Oleh itu, Norliyana mengingatkan ibu bapa diluar sana untuk pantau kegiatan anak-anak sepanjang sesi PdPR dan apakah permainan yang mereka main agar kejadian yang berlaku kepadanya tidak terjadi kepada orang lain.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan PdPR pada pautan di bawah ini.

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Belajar Atas Tanah Untuk Sesi PdPR

Sesuai Bagi Tujuan PdPR, Ini Tablet Terbaik Pilihan Kami Di Bawah RM600

Angkara Telefon YES Meletup, Xiaomi Hadiahkan Pelajar Ini Redmi Note 10 5G Bagi Tujuan PdPR