Sebuah kasino, Landing Casino yang terletak di Jeju mengalami kerugian apabila wang berjumlah 14.56 bilion won (RM53.7 juta) telah hilang secara misteri. Kini, pihak polis Korea Selatan sedang memburu seorang wanita warga Malaysia berhubung insiden tersebut.

Menurut laporan, wanita tersebut merupakan salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan dana dari premis berkenaan. Malah, rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian berlaku telah dipadam.

Ketika ini, kes tersebut masih dalam siasatan dan polis masih memburu wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu. Pihak Landing International Development Ltd. iaitu pemilik firma Hong Kong dan merupakan pengendali sebuah resort terbesar di Korea iaitu Jeju Shinhwa World masih yakin kesemua wang tersebut masih berada di sekitar Jeju.

Ini kerana agak mustahil untuk membawa keluar dan melepasi pelabuhan atau lapangan terbang wang seberat 280 kilogram tersebut.

Tahukah anda bahawa ada individu pernah berkhidmat sebagai doktor di beberapa buah hospital tetapi sebenarnya hanya lulus darjah 5? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Seperti Dalam ‘Catch Me If You Can’, Doktor Palsu Berkhidmat Di 16 Hospital Ini Hanya Lulus Darjah 5

Ronaldinho Ditangkap Pihak Berkuasa Paraguay Selepas ‘Kantoi’ Guna Pasport Palsu

Sumber