Sejak kriptowang menjadi popular sejak beberapa tahun lalu, ramai yang mahu menceburi arena kriptowang kerana dilihat sangat menguntungkan. Kegiatan perlombongan kriptowang turut meningkat dengan mendadak selepas itu.

Anka Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dilaporkan mencatat sejumlah kerugian RM16 juta dalam tempoh 11 bulan ini susulan aktiviti perlombongan kriptowang seperti Bitcoin menggunakan sambungan elektrik haram di Sabah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Astro Awani

Rentetan daripada isu tersebut, SESB bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menyerbu 54 premis yang melakukan penyambungan elektrik haram tersebut dan menahan salah satu pesalah di Tuaran.

Dalam pada itu, SESB juga akan mewujudkan 11 pasukan penguatkuasa bagi membendung aktiviti perlombongan Bitcoin menerusi penyambungan elektrik haram itu yang telah beroperasi sejak tahun 2018 daripada berlaku lagi.

Ditambah pula tindakan tersebut perlu dilaksanakan ekoran aktiviti perlombongan Bitcoin secara haram telah telah mengakibatkan Sabah rugi sebanyak 7% bersamaan RM140 juta setahun.

Di samping itu, SESB juga telah menyediakan peralatan sokongan kepada anggota polis bernilai RM120,000 agar dapat digunakan semasa operasi pembasmian aktiviti perlombongan kriptowang di Sabah. Pihak berkuasa juga berharap agar pelbagai pihak turut melaporkan sebarang kegiatan kecurian elektrik haram yang berlaku di sekitar kawasan mereka.