Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kes penipuan kian meningkat dan banyak cara dilakukan oleh ‘scammer’ untuk menipu mangsanya. Oleh itu, banyak kes penipuan dilaporkan di Malaysia dan penipu ‘terdesak’ mahu kaya dengan cara mudah.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @cikguseo telah berkongsi taktik ‘scammer’ dimana menakutkan mangsa dengan cara syirik sehingga mangsa membayar wang diminta.

Menerusi perkongsian beliau, ‘scammer’ tersebut mengambil gambar dan nombor telefon di media sosial lalu menghubungi serta mengugut mangsa agar membayar  RM100 jika tidak mahu disantau.

Bukan itu sahaja, ‘scammer’ tersebut turut memberikan beberapa video dijadikan sebagai bukti bahawa ugutan itu bukanlah gurauan. Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen terhibur kerana taktik yang digunakan menunjukkan sangat terdesak mahukan wang.

Malah, ada juga netizen yang bertindak mengambil nombor telefon ‘scammer’ berkenaan untuk bertanyakan mengenai perkhidmatan bomoh yang ditawarkan sekadar mahu ‘prank’ bomoh palsu itu. Diminta anda semua untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan sehingga kehilangan wang anda.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan taktik ‘scammer’ pada pautan di bawah ini.

Curi Maklumat Peribadi Melalui ‘Parcel’, Ini Taktik Scammer Untuk Jadikan Anda Mangsa

‘Lesap’ Selepas Terima Bayaran, Lelaki Ini Dedah Penipuan Peniaga Lotus Biscoff

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian

Anda Mungkin Suka