Kurang dari 3 hari lagi kita akan masuk ke bulan September. Istimewanya bulan September tahun 2017 ini adalah peluang bercuti dengan lebih panjang di setiap hujung minggu berikutan berlakunya cuti kelepasan am seperti di bawah ini.

Minggu pertama

  • 31 Ogos 2017 (Khamis) Merdeka
  • 1 September 2017 (Jumaat) Hari Raya Haji pertama
  • 2 September 2017 (Sabtu) Hari Raya Haji kedua
  • 3 September 2017 (Ahad)

Minggu kedua

  • 8 September 2017 (Jumaat)
  • 9 September 2017 (Sabtu) Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
  • 10 September 2017 (Ahad)

Minggu ketiga

  • 15 September 2017 (Jumaat)
  • 16 September 2017 (Sabtu) Hari Malaysia
  • 17 September 2017 (Ahad)

Minggu keempat

  • 21 September 2017 (Khamis) Awal Muharram/Maal Hijrah
  • 22 September 2017 (Jumaat)
  • 23 September 2017 (Sabtu)
  • 24 September 2017 (Ahad)

Jadi, inilah masa untuk anda merancang cuti dan berehat daripada segala tekanan kerja dan hidup. Moga gunakan ia dengan sebaik-baiknya. Selamat bercuti dan beristirahat!

Nota: Hari Jumaat hari cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor.