Dah habis idea untuk hasilkan Curriculum vitae(CV) yang lain daripada yang lain? Kalau anda peminat setia LEGO, mungkin boleh cuba cara Andy Morris ini.

Berdasarkan laman peribadi Andy Morris, beliau memang gilakan LEGO dan hasil kerja beliau sebelum ini juga banyak bermain dengan LEGO. Bagi Morris, ianya satu yang melecehkan untuk menyusun setiap maklumat peribadinya dalam bentuk kertas. Jadi Andy mendapat idea hebat yang pastinya akan buat CV beliau lain daripada yang lain; tukar dirinya menjadi patung LEGO!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: ‘Resume’ Lelaki Ini Sangat Awesome Hingga Beliau Diambil Bekerja Di ‘GQ’ Tanpa Perlu Temuduga

Andy adalah graduan Universiti South Wales dan jika anda lihat pada patung LEGO ini, maklumat peribadi Andy semuanya tercatat pada packaging patung ini. Maklumatnya semua jelas dan mudah untuk dibaca. Disamping ianya fun, patung LEGO ini semestinya bakal menjadi conversation starter dengan setiap bakal client beliau.

Pendekatan Andy untuk CV ini adalah beliau mahu CV miliknya tampil berbeza tetapi masih mengekalkan segala informasi tentang dirinya dengan cara yang lebih fun. Jadi anda perlu think outside of the box dan kreatif supaya CV dan resume anda mendapat perhatian bakal majikan anda nanti.

Andy 1

Andy 2

Andy 3

Andy 4

Andy 5

Andy 6

P/S: Beliau juga turut menjual barang hiasan rumah yang boleh dibeli. Anda boleh membelinya di sini. Andy memang betul-betul pencinta LEGO sejati.

Sumber