Seminggu selepas kehadiran rom Oxygen OS hasil daripada Team OnePlus sendiri, sekali lagi Pete Lau (CEO Oneplus) dapat menghembus nafas lega setelah rom Cyanogen 12S yang ditunggu – tunggu oleh pengguna Oneplus One akhirnya muncul selepas beberapa kali ditangguhkan pada sebelum ini.

Cyanogen 12S yang dikuasakan oleh Android Lollipop 5.0.2 menampilkan rekaan material design dan serta status bar yang diberi sentuhan baru.

Selain rekaan material design, Android Lollipop daripada Cyanogen 12S juga menampilkan ruangan multi-tasking dan setting yang sangat menarik dan minimalis buat pengguna Oneplus One.

Seperti versi Android sebelum – sebelum ini, Android Lollipop juga hadir dengan easter egg yang sangat menarik bagi kami, penggunaan Cid (Maskot Cyanogen) di dalam permainan yang diadaptasi daripada Flappy Bird membuatkan Cyanogen lebih unik. Fungsi tambahan seperti tap to wake, navigasi on screen, file explorer dan theme masih dikekalkan seperti Cyanogen 11S manakala selebihnya adalah elemen asal Android.

Pengguna OneplusOne dapat menikmati Rom Cyanogen 12S ini melalui OTA iaitu update di atas talian atau anda boleh manual flash OneplusOne anda tanpa perlu root dengan menggunakan link download seperti yang dibawah:

Manual Download

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram