Tahniah buat Cyberjaya kerana berjaya menjadi bandar pintar pertama yang menerima internet berkelajuan 5G. Memorandum persefahaman ini dibuat setelah Cyberview Sdn Bhd mencapai persetujuan bersama SK Holdings Co Ltd dan SK Telecom Co Ltd.

Bandar Cyberjaya dipilih setelah mendapati bandar ini berpotensi untuk menjadi hub kemajuan khususnya di dalam bidang yang memerlukan kelajuan internet.

maxresdefault

Menerusi teknologi terbaru yang bakal dibangunkan oleh syarikat dari Korea Selatan ini, para pengguna di Cyberjaya bakal berpeluang mendapatkan kelajuan yang tinggi tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda internet 5G membolehkan pengguna menerima kelajuan sehingga 10 Gbps manakala internet 4G mampu menyokong sehingga 100 Mbps sahaja. Dalam erti kata lain, masih mempunyai ruang yang besar buat telco di negara kita menawarkan internet berkelajuan tinggi buat para pengguna.

Setakat ini projek pembangunan kemudahan internet 5G ini masih lagi di dalam proses dan bakal mula ditawarkan buat para pengguna seawal akhir tahun ini.

c05-1

Dalam pada itu, kelajuan internet 4G di negara kita turut disenaraikan sebagai antara negara dengan kelajuan internet terendah dengan purata 14.83 Mpbs.

Sumber