Pengguna media sosial dari India telah tampil mengecam pelakon Hollywood Tom Holland yang juga pemain utama di dalam filem Spider Man versi Marvel. Namun, apa yang lucunya adalah mereka menyerang Tom Holland yang salah.

Kejadian ini terjadi apabila bekas atlet kriket bernama Tom Holland menyindir Perdana Menteri India Narenda Modi kerana mengubah nama stadium kriket terbesar India menggunakan namanya sendiri.

Akibat sindiran keras oleh Tom Holland versi pemain kriket, Tom Holland versi Spider Man pula yang menerima kecaman daripada penyokong atau cybertrooper Modi. Mereka mengecam Holland kerana masuk campur urusan politik India dan mengancam akan memboikot filemnya.

Tidak habis dengan itu, para penyokong Modi dari Parti Bharatiya Janata, menaikkan tanda pagar #BoycottSpiderman sehingga ia tular bukan sahaja di India, malah di peringkat antarabangsa.

Lebih parah lagi, apabila kumpulan penyokong Modi ini telah menyebarkan khabar angin bahawa Tom Holland versi Spider Man adalah sebahagian daripada konspirasi dari elit global yang tidak mahu melihat India maju.

Sebelum ini, nama-nama seperti Rihanna, Greta Thunberg atau Mia Khalifa pernah menjadi kecaman netizen di India disebabkan mereka bersimpati dengan nasib yang menimpa golongan petani India yang ditindas kerajaan India pada awal bulan ini.

Tom Holland kongsi kesedihan ‘diharamkan’ bergambar dengan pelakon Marvel lain ketika Expo D23. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tom Holland Kongsi Kesedihan ‘Diharamkan’ Bergambar Dengan Pelakon Marvel Lain Ketika Expo D23

Tom Holland Sahkan Akan Terus Pegang Watak Spider-Man

Tom Holland Sekali Lagi Dedah Butiran Penting ‘Avengers 4’

Sumber