Bermula di China, nampaknya negara yang sebelum ini telah mengumumkan telah bebas daripada wabak COVID-19 pada bulan Mac nampaknya kembali diserang wabak ini.

Lebih menghairankan orang ramai, para penduduk di China seolah tidak mengambil pengajaran dan iktibar daripada penyebaran wabak yang berlaku sebelum ini selepas disahkan terdapat sebuah kluster terbaru di sebuah daerah di Beijing berdekatan pasar borong utama yang juga merupakan pasar terbesar di Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
29f1dd7e-67fc-4d67-a649-560efaa1d9c6
Sumber: Global Times

Berdasarkan laporan daripada 517 individu yang diuji, 45 daripadanya disahkan positif COVID-19. Lebih menakutkan, kebanyakan individu-individu yang diuji tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19.

Mengulas mengenai punca penyebaran wabak COVID-19 di pasar borong utama ini, dikatakan papan pemotong ikan salmon yang tidak bersih. Kebimbangan ini turut mendesak beberapa restoran di China tidak lagi mengambil ikan salmon buat sementara waktu bagi mengelakkan daripada lebih ramai individu dijangkati wabak COVID-19.

jpg
Sumber: Reuters

Sehubungan dengan itu, kerajaan China telah mengumumkan perintah darurat atau lockdown di daerah tersebut sehingga penyebaran rantain COVID-19 di daerah tersebut putus. Selain itu, 11 kawasan kejiranan sekitar pasar borong utama ini telah dipagar dengan kawalan ketat 24 jam.

Melihat kepada perkembangan kes yang menular di China, negara tersebut turut mengambil langkah berjaga-jaga sebelum berlakunya gelombang baharu yang pastinya mengancam lebih ramai nyawa warga China serta penduduk luar.

Pada penghujung Mac lalu, warga China telah meraikan negara mereka bebas daripada wabak COVID-19 dengan pembukaan semula pasar basah haiwan eksotik.

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Lebih Sebulan Tamatkan ‘Lockdown’, China Kembali Diserang Dengan Wabak COVID-19