Mungkin ianya kedengaran agak pelik namun itulah yang berlaku apabila sebahagian pengguna Tik-Tok dan peminat tegar K-POP mendakwa mereka berjaya mensabotaj perhimpunan politik yang dianjurkan Donald Trump hujung minggu lalu.

Langkah untuk mensabotaj perhimpunan itu berlaku apabila mereka berpakat untuk mendaftar kehadiran ke perhimpunan yang dianjurkan presiden Amerika Syarikat itu namun sudah memasang niat untuk tidak menghadirinya.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Buat anda yang tertanya bagaimana mereka ini menipu, Jakarta Post yang memetik laporan Reuters menjelaskan pengguna TikTok dan peminat K-Pop ini masing-masing mendaftar untuk dua tempat di perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun di penghujungnya mereka tidak menghadiri perhimpunan itu sekaligus berjaya memberikan harapan palsu buat presiden dan pasukannya yang menjangkakan kehadiran yang melimpah.

@meandyke

DO Y’ALLS THING I BELIEVE IN YOU #BTS #bangtanboys #bts #btsarmy #army #bighit #bangtan #jungkook #taehyung #jimin #kpop #stantwitter #kpopstan

♬ original sound – meandyke

Perhimpunan politik yang berlangsung di BOK Center, Tulsa itu menurut pengurus kempen Trump pada awalnya menerima lebih dari sejuta pendaftaran untuk menghadirinya.

Namun acara yang berlangsung pada petang Sabtu itu hanya mencatat 6,200 peserta dengan banyak tempat duduk yang masih kosong.

2020_06_22_98370_1592794734._large

Foto: (REUTERS/Leah Millis

Dua remaja yang ditemubual Reuters, Em, 17 dan Raq, 22 tahun menjelaskan mereka mendapat tahu mengenai perkara itu melalui Tik-Tok.

“Pertama kali saya mendengarnya melalui peminat BTS (kumpulan K-Pop) dan kemudiannya saya nampak ia di TikTok dan mula berfikir ini akan menjadi sesuatu yang besar,” jelas Raq.

Manakala seorang lagi remaja, Em berkata kekosongan perhimpunan itu berkemungkinan besar dibantu mereka (TikTok dan peminat K-Pop) namun turut tidak menolak hakikat orang ramai sudah pun tidak menyukai Trump.

Aplikasi TikTok sebenarnya bukanlah aplikasi yang tidak bermanfaat seperti yang dianggap sebelum ini. Baca kelebihan aplikasi ini seperti yang kami pernah kongsikan di pautan di bawah. 

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok

Ahli Running Man Turut Terjebak ‘Miming’ Lagu Bahasa Melayu Di TikTok

Anda Mungkin Suka