Jika pada tahun-tahun sebelum ini menjelang Hari Raya Aidiladha timbul perbincangan mengenai perbandingan ibadah korban yang dijalankan di dalam negara serta negara luar yang dijalankan dengan harga lebih murah, lain ceritanya pada tahun ini apabila terdapat sebuah syarikat sedia menawarkan lembu Wagyu tulen dari Miyazaki, Jepun untuk dijadikan haiwan sembelihan.

Umum tahu, harga lembu Wagyu yang mahal berikutan penjagaannya yang rapi serta rasanya yang premium membuatkan lembu ini didagangkan dengan harga yang mahal.

79278912_149101103444635_5615138815696018061_o (1)
Sumber: Harvest Fresh Produce MAEPS

Menerusi iklan yang dipaparkan, umat Islam berpeluang membuat ibadah korban lembu Wagyu dengan harga RM29,999 sebahagian. Dalam erti kata lain, seekor lembu ini dianggarkan sekitar RM209,993 seekor.

Difahamkan harganya yang mahal adalah disebabkan pemilihan lembu Wagyu dengan gred terbaik iaitu A5 dengan berat sekitar 800kg yang mampu menawarkan blok daging sekitar 360kg.

Setiap peserta bakal menerima daging sebanyak 50kg dimana harga pasarannya adalah sekitar RM50,000. Bukan itu sahaja, daging ini bakal diuruskan oleh pihak bertanggungjawab yang diiktiraf JAKIM sebelum dihantar ke rumah para peserta untuk diedarkan kepada fakir miskin sekaligus memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai nikmat daging ini.

Para peserta juga berpeluang memesan kaedah potongan steak cuts, shabu shabu dan sebagainya kepada pihak penganjur.

jw-5d14853fdea883.29898350

Di sebalik iklan yang disasarkan untuk golongan berkemampuan ini, iklan ini nampaknya tidak terlepas daripada menjadi buah mulut para netizen. Antara yang dibincangkan adalah harganya yang mahal dimana para netizen membandingkan duit yang dibelanjakan lebih elok untuk digunakan pada ibadah lain.

Tidak kurang juga yang berpendapat, seeloknya para peserta membelanjakan duit yang ini dengan membeli lembu biasa dengan jumlah kuantiti yang lebih banyak bagi memberi lebih peluang kepada orang ramai menikmatinya.

Menerusi tohmahan dan sokongan yang diberikan netizen, pihak syarikat ini juga turut memperkenalkan pakej ibadah korban serendah RM799 sebahagian dimana pihak mereka bakal menyembelih, pembungkusan serta penghataran buat mereka yang berminat.

Pada minggu lalu tular ulasan netizen yang meluahkan kemarahan di media sosial mengenai kualiti Nasi Arab Chef Ammar. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

‘Setiap Suapan Jadi Marah’- Ulasan Nasi Arab Chef Ammar Ini Buat Netizen Tidak Senang Duduk

Didakwa ‘Menghina’ Nasi Lemak, Twitter Wartawan Ini Diserang Rakyat Malaysia