Walaupun Hari Raya bakal menjelang tiba tetapi rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk rentas negeri berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Ketika hampir seluruh rakyat Malaysia patuh dengan pelaksaan tersebut, ada satu berita yang kurang enak didengar. Menerusi satu perkongsian di Facebook Kelantan, seorang wanita dipercayai menggunakan bantuan ‘orang dalam’ iaitu pegawai polis untuk membenarkan beliau merentas negeri.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

Untunglah ada kabel 🤦‍♂️

Posted by Kelantan on Thursday, 21 May 2020

Menurut perkongsian wanita itu, beliau sudah mendapat pengesahan daripada ‘ketua p’ dari Terengganu dan hanya perlu buat pengesahan sahaja di ibu kota. Oleh itu, wanita tersebut telah berhubung dengan pegawai di Putrajaya untuk urusan pengesahan tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mempersoalkan kenapa wanita tersebut diberikan kebenaran untuk rentas negeri. Malah, netizen juga ingin perkara itu disiasat dan berharap tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka yang tidak telus bertugas.

Screenshot 2020-05-22 at 9.07.54 AM

Screenshot 2020-05-22 at 9.08.27 AM

Screenshot 2020-05-22 at 9.09.42 AM

Berhubung isu ini, pihak Polis Daerah Dungun tampil menjelaskan isu tersebut dimana wanita tersebut telah mendapat kelulusan pada bulan April yang lalu kerana taska milik wanita itu di Putrajaya telah kena pecah.

Justeru itu, kelulusan perjalanan hanyalah untuk pergerakan ke Putrajaya dan bukannya membenarkan wanita tersebut pulang ke Dungun. Malah, tiada keistimewaan diberikan kepada pihak tertentu untuk mendapatkan surat kebenaran tanpa sebab yang munasabah.

Isu viral ‘Siska Qirana’Sebenarnya pihak polis dah bagi kelulusan penghujung bln 4 lg kepada penama disebabkan…

Posted by Polis Daerah Dungun on Thursday, 21 May 2020

Apakah pandangan anda mengenai isu yang hangat diperkatakan ramai orang ini?

Sementara itu, 500 buah kenderaan diarah patah balik kerana cuba rentas negeri. Klik sahaja pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Setelah Cuba Rentas Negeri Untuk Balik Kampung

Teruja Untuk Sambut Hari Raya, Keluarga Di Singapura Ini ‘Tersilap’ Beli 70 Kotak Kerepek

Pakaian Serendah RM9, Orang Ramai Mula Serbu Padini Malaysia Untuk ‘Shopping’ Raya

Anda Mungkin Suka