Memang pedih apabila dapat tahu pasangan curang, namun pedih lagi apabila pasangan berbohong dan tengok dengan mata kepala sendiri pasangan itu sedang bermesra dengan orang lain.

Baru-baru ini seorang lelaki dimaki dan dihina oleh bekas pasangannya selepas perempuan itu kantoi berbohong keluar dengan lelaki lain sewaktu dihubunginya ketika kejadian tersebut berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan hati yang terasa sangat pedih dicurangi, namun lelaki itu gagahkan diri juga menghubungi perempuan itu untuk memujuk; walaupun bukan dirinya yang melakukan perbuatan curang itu.

https://www.tiktok.com/@mhaidarruslan/video/7094311295503093018?_t=8S4IIYhNwSQ&_r=1

Bagaimanapun panggilan itu berakhir dengan sia-sia apabila bekas pasangnya memaki dengan menghina status kewangan, paras rupa dan menyatakan ada ramai lelaki lain yang lebih better dan perfect daripadanya.

Sejurus perempuan itu menghamburkan makian, dia meminta lelaki itu untuk move on dan terus mematikan panggilan.

Lelaki itu terus mengalirkan air mata jantannya selepas dihina teruk seolah-olah dia pula yang bersalah dalam hal curang ini.

Orang ramai yang menonton video itu meluahkan rasa simpati dan meminta lelaki itu terus kuatkan diri dan jangan berhenti berdoa untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik pada masa akan datang.

Sumber Gambar: TikTok @mhaidarruslan
Sumber Gambar: TikTok @mhaidarruslan
Sumber Gambar: TikTok @mhaidarruslan

Sebelum ini, lelaki itu dan rakannya berjaya menjejak perempuan tersebut keluar bersama lelaki lain dengan menggunakan Apple ID. Semasa ditemui, jelas kelihatan perempuan itu dan lelaki lain baru sahaja keluar daripada sebuah rangkaian kedai kopi.

Apabila lelaki itu menghubungi pasangnya bertanyakan apa dia sedang buat ketika waktu itu, perempuan tersebut berbohong dengan menyatakan dia sedang membantu emaknya kerana ada saudara-mara mahu datang ke rumah untuk beraya.

@mh_production88

curang itu pilihan , bukan tidak disengajakan #fyp #fypシ #fypage #fypviral

♬ bunyi asal – Haidar – MH PRODUCTION

Sementara itu sekumpulan budak lelaki telah mencuri tumpuan ramai apabila dirakam sedang memberikan selipar untuk seorang pak cik yang berkaki ayam. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Mulia Kau Dik’ – Tindakan Budak Lelaki Belikan Selipar Buat Seorang Pak Cik Sentuh Hati Netizen

‘Betul Berkorban Ni’ – Netizen Tergamam Lihat Detik Drone Terhempas Selepas Mercun Habis Terbakar

‘Mintalah Pada Allah’ – Respon Guru Ini Selepas Rampas Telefon Pelajar Undang Perdebatan Netizen

Sumber