Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk sesebuah iklan menarik perhatian penonton sekaligus membuatkan penontonnya mahu membeli produk yang diiklankan.

Terbaharu, pengguna TikTok @khainizamalakazam telah berkongsi sedutan iklan jenama air minuman dari Indonesia. Pada awalnya, iklan tersebut disangka adalah trailer untuk sebuah filem kerana dilihat memaparkan jalan cerita berkaitan adiwira.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@khainizamalakazam

Ku ingatkan wayang rupanya… #fyp #fypシ #fypage

♬ original sound – khainizam Alakazam – カイル@Khairul@凯伦

Bagi sebuah iklan, dapat dilihat hasil iklan ini cukup menakjubkan sehingga netizen menyangka ianya adalah trailer filem. Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terpegun melihat iklan tersebut.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa kecewa kerana ia hanyalah sebuah iklan dan mengatakan jika ia filem, maka akan tonton ia di pawagam. Malah, para netizen turut memuji kesan khas untuk menghasilkan iklan ini kerana nampak ‘real’ dan mengatakan iklan tersebut level filem.

Untuk pengetahuan anda, hasil iklan minuman Marjan ini sentiasa ‘awesome’ setiap tahun. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan mendapat 20 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Didakwa Lari Bayar Hutang, Mawar Karim Nafikan Dan Dedah Difitnah Individu Digelar ‘S’

Buffet IKEA Kembali Sehingga 29 April, Ini Seleksi Menu Yang Tersedia Buat Para Pelanggan