Tidak lama lagi, bulan Ramadan akan tamat menandakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Selepas 2 tahun tidak dapat beraya sakan bersama keluarga, tahun ini pasti ramai teruja untuk menyambutnya.

Disebalik keterujaan, ramai yang mengeluh apabila mahu membuat persiapan raya tetapi terpaksa berdepan dengan kesesakan luar biasa di pusat membeli belah dan juga atas jalan raya di sekitar pusat bandar pada hujung minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

@abohmung24

Siapa macam ni…🀩#abohmung #suamiidaman #raya2022

♬ Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

https://www.tiktok.com/@puteribuluhbetung/video/7089774404246277402?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menjengah ke media sosial, ramai juga berkongsi video yang memaparkan kesesakan luar biasa di pusat bandar seperti di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Malah, ada juga netizen yang mendakwa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih dari 2 jam untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Hal tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan ini baru persiapan Aidilfitri, belum lagi anak perantau pulang ke kampung halaman.

Lantaran itu, rata-rata netizen menasihati mereka yang mahu ke pusat bandar untuk membuat persiapan raya untuk menggunakan pengangkutan awam, sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pastikan anda rancang perjalanan anda untuk membeli barangan persiapan raya dan juga balik kampung agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah

‘Semoga Cepat Sembuh’ – Keadaan Zamani Yang Makin Bongkok Raih Simpati Netizen