Nama Dahlia Shazwan cukup dikenali sebagai gadis Trivago. Dahlia yang sering muncul di kaca TV dan iklan Trivago selama 4 tahun ini pasti akan dirindui oleh semua.

Dahlia telah mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan peranannya sebagai duta Trivago. Berita tersebut diumumkannya menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, dia mengatakan bahawa Trivago sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya dan memaparkan perjalanan hidupnya sebelum kahwin sehinggalah sudah memiliki cahaya mata.

https://www.instagram.com/p/B1q2enFlems/

Tambahnya lagi, tahun ini merupakan tahun terakhir dia bersama Trivago dan iklan di pasar malam yang akan menemui anda tidak lama lagi adalah iklannya yang terakhir.

Malah, Dahlia berharap orang ramai akan mendoakan kejayaannya kelak dan kembali dengan kerja lebih hebat. Berikutan itu, ruangan komen di Instagram Dahlia dibanjiri dengan komen-komen netizen.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih kerana tiada lagi suara ‘akak Trivago’ yang memukau di kaca TV. Malah, ada juga yang berkongsi keseronokan anak-anak mereka melihat Dahlia ketika iklan Trivago ditayangkan.

photo_2019-08-29_10-00-43

photo_2019-08-29_10-00-42

Adakah anda antara yang akan merindui Dahlia sebagai duta Trivago ini? Di bawah ini kami listkan artikel-artikel berkaitan dengan tempat penginapan menarik yang anda boleh cuba.

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

Lihat Keunikan Homestay Kontena ‘Stayrehat’ Berdekatan Lembah Klang Ini