Seperti semua sedia maklum, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan satu peperiksaan yang penting yang perlu dihadapi oleh semua rakyat Malaysia sebelum ke peringkat seterusnya.

Dahulu, untuk mencapai kejayaan di dalam SPM, pelbagai inisiatif diambil seperti mengikuti kelas tambahan, membuat perbincangan dalam kumpulan dan macam-macam lagi bagi memastikan kejayaan berada di dalam tangan.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Namun lain pula dengan pelajar tahun ini, kebanyakan pelajar seakan-akan ‘lemak’ dalam mencapai apa jua kejayaan mereka. Sebelum ini satu petisyen untuk dapatkan markah 5% Matematik Tambahan untuk lulus.

Kini, tular satu lagi petisyen yang dibuat untuk menurunkan markah subjek Sejarah kepada 50 % untuk dapatkan markah A+. Walaupun dilihat tidak masuk akal, tetapi itulah permintaan yang dipersetujui oleh calon SPM 2019 apabila petisyen ini telah ditandatangi oleh lebih 14,040 individu yang menyokong perkara ini.

Rata- rata netizen meluahkan rasa tidak puas hato mereka terhadap petisyen yang dibuat itu. Belum pernah lagi petisyen sebegini dibuat oleh pelajar-pelajar SPM sebelum ini. Selain itu, ramai yang melabelkan pelajar-pelajar SPM tahun ini pemalas dan rata-ratanya menganggap petisyen ini tidak menjana apa-apa kepentingan kepada orang lain.

Jalan untuk menemui kejayaan bukanlah satu jalan yang mudah, perlu melalui pelbagai liku dan dugaan untuk mencapainya, apa yang penting ialah kita jangan mudah berputus asa dan terus berusaha. Berusahalah sehabis baik, walaupun gagal hari ini, tidak bermakna akan gagal untuk selamanya.

Terdahulu, calon SPM 2019 melakukan buli siber kepada seorang wanita di Amerika Syarikat gara-gara namanya digunakan di dalam soalan peperiksaan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Wanita Ini ‘Tanpa Sedar’ Telah Menjadi Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019

Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019 Tampil Beri Respon Isu Yang Berlaku

Gagal SPM Bukan Penghalang Individu Ini Jadi Penterjemah Blackpink Dan Artis Korea Lain

 

Anda Mungkin Suka