Jika dalam artikel sebelum ini seorang pemilik Mercedes-Benz AMG A 45S berjaya menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami air banjir dengan menggunakan beberapa timbunan rim kertas A4.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana ada satu keluarga telah menggunakan plastik kalis air untuk kereta untuk membalut kereta mereka sebagai persiapan menghadapi bencana banjir yang melanda di rumah mereka.

@magoshahril_sams83

Balut Hadiah / Gifts Wrapping ❎ Balut Kereta / Car Wrapping ✅ #flood2021 #banjir2021 #banjir #airbah #ayaqbah #hujan #flooding #viral2021

♬ Janji Manis – Masdo

Pemilik sebenar video berkenaan, Siti Zulaikha menjelaskan rakaman video yang tular itu sebenarnya diambil pada tahun 2014. Kenderaan yang dibalut ketika itu merupakan milik ayahnya yang tinggal di Kemaman, Terengganu sewaktu banjir besar melanda negeri tersebut.

Dari beberapa rakaman video yang dikongsikan, kita dapat lihat kereta Lexus RX 300 itu sedikit pun langsung tidak terjejas dengan air banjir yang menenggelamkan kawasan rumah ayahnya.

Bahkan kereta tersebut boleh dihidupkan dan bergerak seperti biasa sejurus adik-beradik Siti Zulaikha membuka balutan plastik kalis air yang membaluti keseluruhan badan kereta milik ayah mereka.

Tambah Siti Zulaikha lagi, walaupun ada pihak menyatakan keadaan banjir tidak boleh diramal dan perbuatan membalut kereta menggunakan plastik itu tidak relevan, namun dia menegaskan persiapan ini merupakan salah satu ikhtihar untuk mengurangkan kerosakan pada kenderaan.

Nampaknya plastik kalis air ini pasti mendapatkan permintaan ramai bermula hari ini yang tidak mahu kenderaan masing-masing terkesan dengan banjir yang boleh menyebabkan 1001 masalah setelah air surut nanti.

Anda boleh dapatkan plastik kalis air bersaiz besar melalui laman Shopee. Harga yang ditawarkan bermula sekitar RM30 dan ke atas. Jadi selepas ini anda sudah lebih bersedia andaikata hujan lebat tanpa henti yang akan menyebabkan banjir melanda di kawasan sekitar tempat tinggal.

Keadaan yang mendesak telah membuat lelaki ini gunakan beberapa rim kertas A4 untuk mengelakkan keretanya ditenggelami air banjir. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Hanya Guna Kertas A4, Cara Pemilik Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir Buat Netizen Kagum

Kereta Tersadai Akibat Banjir Nyaris Dicuri, Pemilik Honda Dedah Taktik Licik Longkai

Orang Ramai Diminta Semak Semula Dengan Pihak Insuran Dan Takaful Untuk Proses Tuntutan Banjir

 

Sumber