Siapa tidak kenal dengan nama Hairie Othman, beliau sangat terkenal dengan watak ikonik Leftenan Adnan dalam sebuah filem ketenteraan suatu ketika dahulu. Ramai di antara kita pastinya pernah berebut untuk menjadi Leftenan Adnan disaat bermain ‘perang-perang’ ketika masih kecil dahulu.

Namun kini, wajahnya jarang sekali dilihat di layar perak. Orang ramai terutamanya peminat-peminat beliau pasti tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh beliau sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rupanya, kini pelakon tersebut lebih selesa dengan kerja-kerja dakwahnya dan banyak mengikuti majlis ilmu di samping menyampaikan ceramah kepada orang ramai.

Jika dilihat di laman Instagram beliau, pelakon itu juga banyak meluangkan masa bersama keluarga, mengembara bersama rakan-rakannya sementara meneruskan aktiviti dakwah beliau.

Terdahulu, Beliau pernah berlakon dalam drama Leftenan Zana yang ditayangkan pada awal tahun lalu. Diharapkan semoga Hairie berjaya dalam kerja dakwah dan bidang lakonannya.

Terdahulu, kisah penghijrahan pelakon terkenal Shamsul Ghau-Ghau membuka mata ramai orang. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pernah Kelu Tidak Boleh Mengaji Al-Quran Depan Kaabah, Shamsul Lakukan Ini Sekarang

Permainan Video ‘Leftenan Adnan’ Rekaan Anak Tempatan Curi Perhatian Netizen

Kisah Seorang Mualaf Yang Melepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah

Sumber