Gambar pusat internet sementara Kampung Bahagia di Kelantan mengundang pelbagai soalan daripada warganet apabila ia kelihatan sangat daif dan tidak selamat buat para pelajar yang menduduki kelas PdPR.

Tidak pasti siapakah individu pertama yang memuat naik gambar tersebut, tetapi melalui pemerhatian The Vocket gambar tersebut sudah mula tular di semua platform media sosial dan dibahas sejak semalam lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada gambar tersebut, pusat internet tersebut kelihatan kecil dan tidak mampu untuk memuatkan ramai pelajar. Dibina sepenuhnya dengan dahan pokok, pusat internet tersebut turut dilengkapi dengan kerusi, meja dan berbumbungkan atap zink.

“Soalan dia, kalau dah macam tu duduk rapat-rapat apa salah ya buat je terus kat sekolah by group? Kan lagi selesa dan selamat. Ni tepi hutan kau tibai. Buat kat big tent pun boleh terima masuk akal lagi,” kata salah seorang warganet.

“Tak boleh ke letak kanopi yang disediakan kipas jugak? Kesian panas-panas, beramai-ramai dalam ruang kecil. And kalau hujan ada fikir tak macam mana nanti budak tu? Bukan nak complain tapi ni macam asal ada je,” kata warganet yang lain di Facebook.

Menurut beberapa sumber The Vocket, difahamkan bahawa Kampung Bahagia bukanlah seperti kampung-kampung yang lain. Untuk sampai ke sana, ia perlu diakses menggunakan bot disebabkan tiada jalan darat yang menghubungkan kampung tersebut dengan kawasan bandar.

Ini mungkin alasan mengapa pusat internet tersebut dibina dalam skala yang kecil disebabkan tiada kelengkapan atau pengangkutan yang mampu sampai ke sana.

Tetapi menurut warganet, walaupun tiada akses yang menghubungkan kampung tersebut dengan kawasan bandar, ia bukan alasan yang kukuh untuk pihak berwajib membina pusat internet yang dianggap serba boleh.

“Orang kecam sebab nak bagi anak-anak kau selesa belajar. Sampai bila kau nak sekadar berpuas hati, kerja janji ada macam ni?” Soal warganet di Twitter.

Tambah warganet lagi, pihak berwajib sebenarnya mempunyai kapasiti untuk membina pusat internet yang lebih baik daripada ini walaupun untuk kegunaan sementara.

Mereka juga mengambil beberapa contoh sekolah atau pusat masyarakat yang dibina di beberapa kawasan pendalaman. Walaupun bersifat sementara, ia dilengkapi dengan semua kemudahan asas bagi kelangsungan pembelajaran para pelajar.

Untuk rekod, capaian internet kini telah menjadi keperluan buat semua orang di Malaysia, tidak kira mereka yang bekerja atau pun masih belajar. Impak pandemik COVID-19 telah memaksa orang ramai untuk bekerja atau belajar dengan cara norma baharu.

‘Teh tarik gelas besar’ – foto kualiti air sungai di kelantan curi perhatian rakyat Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Teh Tarik Gelas Besar’ – Foto Kualiti Air Sungai Di Kelantan Curi Perhatian Rakyat Malaysia

‘Collector’ Di Kelantan Mahu Jual Model Converse Pertama Dunia Dengan Harga RM40,800

Saintis Di Amerika Syarikat Kongsi Masalah Kualiti Air di Kelantan Dan Selangor