Seorang pesilat wanita Indonesia sebelum ini telah mempamerkan aksi luar biasa di media sosial miliknya. Namun, kehebatannya mula diragukan dan dia dituduh telah memperbodohkan masyarakat awam, adakah itu benar?

Namaya adalah Chintya Candranaya, dia terkenal di media sosial selepas mempamerkan kelebihannya dengan aksi bela diri yang luar biasa. Dia pernah mempamerkan aksi membelah durian dengan menggunakan paku dan ada juga beberapa aksi di mana dia memukul dinding sehingga retak dengan menggunakan tangan.

Sejak itu, namanya mula melambung tinggi, ratusan bahkan ribuan pengguna media sosial mula mengakui kehebatan pesilat wanita yang berasal dari sekolah Harumau Army Jigh Lampung Utara. Namun, populariti yang diraih dia mula jatuh apabila dia dilaporkan menipu.

Salah satu contoh pembohongan yang dilakukan oleh Chintya adalah apabila dia mendakwa bahawa dia mampu mengelak peluru dan kenyataan ini tidak boleh diterima oleh beberapa ahli bela diri Indonesia kerana ia melawan hukum sains.

https://www.youtube.com/watch?v=JMs9pD3wY8o

Seorang aktivis seni mempertahankan diri Indonesia, Herri Pras melalui akaun YouTube peribadinya pada hari Jumaat lalu telah menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Chintya adalah trik suntingan video.

“Kita tidak boleh menipu orang ramai, kita tidak boleh membuat video yang mengandungi pembohongan. Manusia tidak pantas daripada peluru,” kata Harri Pras yang pernah terlibat dalam beberapa filem aksi.

Tidak cukup dengan itu, bekas atlet dan juga pengadil MMA, Mustadi Anetta juga telah membongkarkan penipuan yang dilakukan oleh Chintya mengenai kemampuannya memukul dinding tebal dengan menggunakan tangan kosong.

Menurutnya, dinding tidak boleh dihancurkan dengan menggunakan tangan kosong tetapi oleh benda yang keras seperti tukul. Tambahnya lagi, Chintya telah melakukan pembohongan dengan menggunakan trik suntingan video.

Terdahulu, kami paparkan satu cerita bagaimana seorang ‘influencer’ ini kantoi guna pengikut palsu untuk dapatkan barang secara percuma. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana ‘Influencer’ Ini Kantoi Guna Pengikut Palsu Untuk Dapatkan Barang Secara Percuma

Tampil Mewah Dan Bergaya, Tetapi ‘Kantoi’ Mencuri Baju Bernilai Ribuan Ringgit

Disangka ‘Legit’, Streetwear Busted Malaysia Kantoi Jual Barang Ciplak?