Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli pada hari ini telah mengumumkan orang ramai berpeluang membuat semakan harga semasa barangan mengikut tempat semudah menggunakan aplikasi KitaJaga sahaja.

Pengenalan aplikasi ini juga dapat memastikan para pengguna tidak mudah dimanipulasi oleh pihak penjual yang sewenang-wenangnya menaikkan harga sesebuah barangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun inisiatif yang diperkenalkan merupakan langkah yang baik, aplikasi KitaJaga telah menimbulkan kontroversi selepas seorang wanita menerusi Twitter @yayayiyiyiyuu mendakwa aplikasi KitaJaga yang diumumkan pihak menteri mempunyai data dan gambar yang sama seperti aplikasi PriceCatcher.

https://twitter.com/yayayiyiyiyuu/status/1640502432852738048

Bukan itu sahaja, beliau meluahkan rasa kecewa selepas gambar yang diambil beliau sewaktu sedang mengandung musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digunakan oleh pihak KitaJaga.

Untuk pengetahuan, aplikasi PriceCatcher ini dibangunkan dengan kerjasama KPDNHEP yang turut dijayakan bersama lebih 1,000 pegawai seluruh negara yang turun padang untuk membuat semakan secara berkala.

Sementara itu, pengasas kepada aplikasi KitaJaga iaitu Reza Razali daripada TeratoTech tampil memberi pencerahan di mana data yang diperoleh daripada @StatsMalaysia ini merupakan open source atau sumber data terbuka di mana orang ramai berpeluang mengaksesnya secar percuma.

https://twitter.com/rezarazali/status/1640527410755170304

Dalam erti kata lain, tidak ada salahnya beliau bersama pasukan menggunakan data tersebut untuk membangunkan aplikasi untuk orang ramai membuat perbandingan harga barang.

Kehadiran dua aplikasi iaitu PriceCatcher dan KitaJaga ini sekaligus membolehkan pengguna membuat pilihan antara dua aplikasi ini yang menawarkan fungsi yang hampir sama dalam membuat semakan harga barangan semasa di sesebuah tempat.

Berdasarkan semakan terbaru, wanita yang tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap aplikasi KitaJaga ini telah memilih untuk mengunci atau private akaun Twitter beliau.