Jika tahun-tahun sebelum ini, nama usahawan Safiey Illias sering kali menjadi perhatian netizen berikutan tindakan kontroversi yang dilakukan, lain ceritanya pada tahun ini di mana beliau dilihat lebih mendiamkan diri.

Beliau juga turut didakwa sengaja mendiamkan diri kerana melarikan diri daripada beberapa pihak yang mahu menuntut hutang.

Baca Juga:

Terbaharu, Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias turut membuat kemunculan semula di Instagram sekaligus memuat naik tangkap layar di mana beliau sudah menjelaskan hutang dengan beberapa individu.

Safiey Illias juga turut menjelaskan beliau ‘menghilangkan diri’ sebelum ini tidak berkait dengan isu hutang sebaliknya mengalami penyakit bipolar yang ditanggung sejak sekian lama.

“Saya akui memang ada berhutang dengan beberapa pihak. Mereka tahu apa masalah saya hadapi. Saya berterima kasih kerana mereka sudi membantu dalam keadaan saya memerlukan dan terdesak. Sejak beberapa bulan lalu saya mula menjelaskan hutang itu sedikit demi sedikit.

“Apabila saya ambil keputusan untuk kembali aktif di media sosial, ia bermakna saya tidak lari atau hilang terus. Saya tetap memberikan komitmen untuk membayar hutang. Saya tidak pernah tipu sesiapa. Cuma, saya harap mereka bersabar. Saya tetap bayar.

“Selama ini saya berdiam diri sebab masih dalam tempoh rawatan masalah kesihatan bipolar. Atas nasihat doktor, saya perlu mengambil ubat dan berehat. Alhamdulillah, selepas segalanya beransur baik, barulah saya muncul semula,” katanya.

Usahawan berusia 26 tahun ini sebelum ini turut menarik perhatian ramai selepas bertindak untuk menjual rumah yang terletak di Sunway Montana serta kereta Ford Mustang pada awal tahun ini yang sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa beliau telah mengalami muflis.

Sumber