Netizen dikejutkan dengan perkongsian pengguna Twitter @rabbykrabby beberapa hari yang lalu apabila beliau memuat naik gambar ayam goreng di sebuah restoran makan segera McDonalds.
Apa yang mengejutkan adalah ayam goreng tersebut sudah berulat dan menarik perhatian pihak McDonalds untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan dengan menghubungi beliau.
Terbaharu, dalam satu kenyataan terbuka di Twitter miliknya, beliau telah memohon maaf kepada McDonalds Malaysia atas tuduhan tidak tepat yang dilemparkannya.
Menurutnya, tindakannya meluahkan perkara tersebut di laman sosial sehingga tular adalah satu tindakan yang terburu-buru. Malah, ayam goreng itu sebenarnya sudah beberapa hari dibeli dan dibiarkan dalam suhu persekitaran.
Pada 20 September 2020, saya ada membuat kenyataan melalui akaun laman Twitter saya “Arabella – rabbykrabby” dimana saya telah membuat dakwaan secara tersurat atau tersirat bahawa McDonald’s Malaysia menyajikan produk Ayam Goreng McD
— arabella (@rabbykrabby) September 24, 2020
— arabella (@rabbykrabby) September 24, 2020
Oleh itu, ayam goreng tersebut telah tercemar sehingga terdapat ulat diatas permukaannya. Maka, beliau kesal dengan apa yang berlaku dan memohon maaf kepada pihak McDonalds Malaysia diatas segala dakwaan yang dibuat.
Tambahnya lagi, permohonan maaf yang dilakukan tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak dan beliau kesal serta berjanji akan menghapuskan perkongsiannya sebelum ini.
Lantaran itu, rata-rata netizen berasa kecewa dengan tindakan gadis tersebut. Malah, para netizen juga mengecam beliau dan mengatakan tidak sewajarnya menaburkan fitnah seperti itu.
bahan yg dh lps tempoh,kene hukum tak silap aku semua manager store tu kene gantung kerja beberapa hari termasuk bapak aku.
— piz (@fizkeroro) September 24, 2020
Hmmmmmmm cctv da buka da tp masalahnya beli bukan pada hari kejadian, cane eh😂😱know know update, and then kalau betul lah dia tu betul, boleh je kan direct manager, gel, atau sapa sapa lah kat mcd tu. Baru reply tweet tnya da jumpa mngr ke belum, terus ignore🥴hmmm sadisnyaaaaa
— wani💃🏻 (@wnishrdn) September 24, 2020
Nak kejat clout, jangan sampai makan diri sis. Hahah. Awak nak fitnah company besar, yg ada reputation which is SOP of preparation the meals was taken very seriously. Goodluck kalau kena saman juta-juta. Nanti boleh fikirlah berbaloi ke semata kejar clout? Hahah
— #STAYHOME (@M_FitriRamli) September 24, 2020
Itu yang pelik- ayam McD semua goreng baru takkan ulat-2 tu semua dapat survive minyak panas. Good luck to you. Next time, dapat makanan terus makan @ simpan pada tempat dengan suhu yang sesuai.
— 10K🇲🇾 (@antaintiom) September 24, 2020
Lain kali ckp pakai otak sis,nak kondem sesuatu bnda pkai otak sis…mcd,kfc or apa2 company international mereka dh pkar dlm safety and qualiti food,mereka bijak xmcm anda sis..kalau mereka mcmtu,dh lama company mereka dh kena apa2 tindakan…mereka ada S.O.P,
— Ryzz (@rylengz) September 24, 2020
Pastinya banyak pihak yang terkesan dengan perkongsian gadis ini. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang pernah hangat di media sosial sebelum ini pada pautan di bawah.
Status Biasiswa NASA Meragukan, Azhar Ali Akhirnya Mengaku Ia Tidak Benar
7 Jenis Penipuan Makanan Yang Berlaku Setiap Hari Tanpa Pengetahuan Kita
Seperti Dalam ‘Catch Me If You Can’, Doktor Palsu Berkhidmat Di 16 Hospital Ini Hanya Lulus Darjah 5