Ilmu sains merupakan ilmu fardhu kifayah yang bukan menjadi penghalang umat Islam tetapi menjadi jambatan dalam membantu kehidupan manusia.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @ezzul_harris telah berkongsi sebuah video dimana dia mendakwa bahawa ilmu sains yang dibelajar di sekolah adalah sihir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@ezzul_harris

#sihir #Sainsitusihir #sihirsains #sains #sihirakhirzaman #akhirzaman #fitnah #fitnahakhirzaman #7perkaramembinasakan

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Menerusi video tersebut, lelaki itu juga mengatakan bahawa pelajari sains boleh merosakkan akidah. Tambahnya, di akhir zaman Dajjal akan datang dengan sihir hebat iaitu teknologi advanced.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna TikTok tersebut dimana dirasakan tidak masuk akal.

Segelintir netizen juga berseloroh mengatakan bahawa rupanya mereka penyihir kerana belajar sains dan para netizen turut mempersoalkan pengguna TikTok tersebut daripada mana dia belajar sehingga boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 30 ribu tontonan.