Elon Musk bersama sekumpulan pakar kecerdasan buatan serta eksekutif industri kini menggesa supaya pembangunan sistem AI yang lebih berkuasa daripada ChatGPT-4 dihentikan buat sementara waktu iaitu sekitar enam bulan.

Dalam surat terbuka yang dikeluarkan, ia menyatakan sistem tersebut berpotensi memberi risiko kepada masyarakat dan kemanusiaan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Tom’a Guide

Surat terbuka yang dikeluarkan oleh Future Of Life Institute telah ditandatangani oleh lebih 1,000 orang termasuk Elon Musk (pengasas Tesla), Steve Wozniak (pengasas Apple) dan Evan Sharp (pengasas Pinterest).

Mereka telah menggesa pembangunan sistem AI yang lebih maju dihentikan sementara sehingga protokol keselamatan seperti reka bentuk pembangunan, pelaksanaan dan audit dijalankan.

Dikatakan sistem yang lebih berkuasa harus dibangunkan hanya setelah ia diyakini akan membawa kesan yang positif dan risikonya akan terurus. Selain itu, surat berkenaan turut memperincikan potensi risiko kepada masyarakat dan tamadun dalam bentuk gangguan ekonomi dan politik.

Oleh itu, mereka menggesa pembangun untuk berkerjasama dengan penggubal dasar mengenai tadbir urus dan pihak pengawal selia. Buat masa ini, tiada respon yang dikeluarkan oleh syarikat atau pihak yang membangunkan kecerdasan buatan terhadap surat terbuka itu.

Sumber