Memang tidak dinafikan harga sesebuah iPhone kini sudah melebihi RM5,000 dan boleh dikira kaya buat mereka yang mampu membelinya. Namun berbeza pula dengan perkongsian lelaki ini selepas membelanjakan sejumlah wang melebihi RM50,000 untuk membeli iPhone 14 dalam kuantiti yang banyak.

Menerusi perkongsian seorang ahli kumpulan iPhone Malaysia Group yang bernama Meor Ahmad Iqmal, beliau telah berkongsi jumlah perbelanjaan membeli iPhone 14 mencecah RM55,992 baru-baru ini. Berdasarkan siaran posting itu, beliau mendakwa telah memborong iPhone berkenaan untuk jiran-jirannya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Facebook

Sebanyak empat model yang telah diborong oleh beliau termasuklah iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dengan pilihan storan dalaman yang besar. Dengan jumlah pembelian sebesar itu, kita sudah boleh memiliki sebuah kereta baharu pada ketika ini.

Hal ini sekaligus menjadi bualan hangat oleh pengguna di dalam kumpulan tersebut kerana terkejut dengan perbelanjaan sebesar itu. Ramai juga yang berjenaka mahu menjadi jiran beliau kerana berminat untuk mendapatkan iPhone yang diborong itu.

Konklusinya, anda perlu mengukur baju di badan sendiri apabila mahu membuat sesuatu pembelian. Jumlah pembelian sebesar ini mungkin kecil bagi sesetengah individu yang berkemampuan sementara orang biasa pula sebaiknya membelanjakan wang pada perihal yang lebih penting.

Sumber