Sebut mengenai Suhaimi Saad pasti ramai yang mengenalinya. Terkenal dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan orang ramai melibatkan teori bumi rata dan sebagainya antara yang membuatkan nama beliau sering menjadi sebutan netizen.

Terbaharu, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung 19 November kelak, bekas penyanyi nasyid daripada kumpulan In-Team ini sekali lagi tampil dengan teori sendiri mengapa beliau memilih untuk tidak mengundi.

Baca Juga:

Menurut Suhaimi Saad, beliau berpendapat mengundi ini diibaratkan sebagai berjudi kerana para calon diminta mengeluarkan wang taruhan. Penggunaan wang taruhan tersebut sekaligus membuatkan berlaku perjudian menurutnya.

@sleepycongg

#suhaimisaad #pru15 #fypシ゚viral

♬ original sound – MatMeow – Matmeow

Beliau juga turut memberi amaran kepada orang ramai yang bakal mengundi untuk bersedia menjawab di hadapan Allah kerana telah terlibat dengan perjudian.

Kenyataan penuh kontroversi yang dikongsikan telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju. Terdapat yang netizen yang berpendapat kenyataan beliau seolah menyanggah kenyataan mufti.

Sumber: tiktok @matzam9
Sumber: tiktok @matzam9
Sumber: tiktok @matzam9

Tidak kurang juga yang mempersoalkan siapa yang perlu memimpin negara sekiranya semua individu tidak mengundi serta mahukan solusi daripada pihak beliau.

https://www.tiktok.com/@matzam9/video/7161405945069833498?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Suhaimi Saad juga turut memberi respon mengenai sistem memilih pemimpin di mana beliau berpendapat negara patut menggunakan sistem khilafah berbanding sistem demokrasi yang memecahbelahkan orang ramai.

Untuk pengetahuan, ini bukan pertama kali Suhaimi Saad tampil dengan kenyataan yang penuh kontroversi. Beliau sebelum ini turut menyamakan penerima vaksin dengan lembu yang sekaligus mendapat perhatian orang ramai yang tidak bersetuju dengan beliau.