Seorang wanita berusia 45 tahun -yang difahamkan sudah mempunyai cucu dilaporkan antara yang ditahan polis di Kedah selepas melakukan ugutan jenayah terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Jumaat.

Menurut laporan Astro Awani, ugutan jenayah oleh sekumpulan individu itu berlaku selepas van yang dinaiki wanita berkenaan dan tiga lagi individu diminta berhenti untuk pemeriksaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Bagaimanapun, pemandu van lelaki berusia 20-an itu enggan berhenti menyebabkan penguat kuasa JPJ mengekorinya. Dia kemudian berhenti di hadapan sebuah pasar raya di Jitra.

“Pemeriksaan kemudian mendapati pemandu van terbabit tiada lesen memandu selain cukai jalan dan sijil pemeriksaan Puspakom van itu tamat tempoh.

“Secara tiba-tiba, seorang wanita berusia 45 tahun turun dari van dan membuat provokasi dengan mengatakan anggota penguat kuasa JPJ bersikap kurang ajar kerana menakutkan cucunya dengan membunyikan siren,” jelas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim.

Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak menyatakan umur cucu kepada wanita berusia 45 tahun yang mengatakan ‘cucunya ketakutan mendengar bunyi siren’ sebelum itu.

Manakala seorang lagi individu daripada van berkenaan turut menunjukkan sejumlah wang kepada anggota JPJ dengan tujuan untuk mengaibkan selain menolak anggota berkenaan ketika mereka sedang memberikan kompaun.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi lelaki kemudiannya muncul pula dari premis berhampiran dengan bersenjatakan sebilah parang dan mengugut anggota JPJ yang berada di lokasi kejadian.

Walaupun tidak mencederakan anggota JPJ, namun lelaki itu dilaporkan telah menikam tayar hadapan kenderaan JPJ sehingga menyebabkannya pecah.

Selain ditahan kerana melakukan ugutan jenayah, mereka juga didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Susulan daripada kejadian berkenaan, kelima-lima mereka (empat individu dalam van dan lelaki dari premis berhampiran) telah ditahan dan akan disiasat pihak polis.

Baca juga laporan mengenai usahawan kosmetik bergelar ‘Datuk Seri’ yang terlibat penyeludupan dadah melalui pautan di bawah.

Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Bernilai RM5 Juta

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Buka ‘Mask’ Untuk Minum Air, Dua Lelaki Di Parit Buntar Didenda RM1,000