Semestinya aspek kebersihan adalah antara aspek yang perlu diambil kira apabila kita menempah penginapan untuk keselesaan kita sepanjang menginap di situ.

Terbaharu, pelakon Datuk Aaron Aziz telah berkongsi sebuah video di Instagram miliknya memaparkan detik cemas apabila bilik hotel yang didiaminya di Kemboja didatangi seekor tikus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CgPeoZmldUt/

Menerusi video terbabit, tikus tersebut terlekat pada jerat yang telah dipasang oleh pihak hotel dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kebersihan hotel terbabit.

Susulan isu, pihak hotel mengatakan bahawa tikus itu sebenarnya datang dari beg dibawa mereka. Respon yang diberi pihak hotel membuatkan Aaron berasa pelik dan turut meminta pihak hotel untuk melepaskan tikus yang terperangkap itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan respon yang diberikan pihak hotel dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Malah, netizen berpendapat kebersihan di hotel itu berada di tahap yang rendah dan tidak sepatutnya hal itu terjadi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Akui Mampu Berbini Dua Dengan Gaji RM1,500, Luahan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Wujud Unsur Gharar, Trend Terbaru Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Hukumnya Haram