Umum ramai mengetahui, apabila terdapat juru iring VIP meminta pengguna jalan raya ‘membuka laluan’, kita perlu akur dan segera memberikan laluan apabila keadaan selamat.

Terbaharu ini seorang wanita meluahkan rasa kurang berpuas hati dan kecewa selepas ‘dilanggar lari’ oleh sebuah kereta pengiring VIP ketika trafik sesak di hadapan kawasan Pavilion, Bukit Bintang.

Dalam satu video dashcam yang dikongsikan oleh wanita itu, dia menjelaskan ketika sedang bergerak perlahan menghampiri lampu isyarat di hadapan Pavilion, secara tiba-tiba ada sebuah SUV Lexus memotong masuk ke hadapannya.

@moksupoksu92

Reply to @zha.n88 ini bukti rakaman😇 #fy #fyp #fypage #masukberanda

♬ original sound – Kekyaa – NA BOUTIQUE & TAILORING

Dia segera membunyikan hon kerana terkejut dengan kehadiran SUV itu secara mengejut. Tambahnya lagi, sebelum SUV Lexus itu memotongnya secara mengejut, dia langsung tidak dengar bunyi siren atau nampak lampu juru iring bermotosikal.

Beberapa saat kemudian barulah datang satu juru iring bermotosikal memotongnya dari arah kanan meminta orang ramai ‘membuka laluan’ untuk VIP. Semasa dia cuba ketepi untuk memberikan laluan, ada sebuah Toyota Estima tidak memberikannya ruang untuk masuk ke lorong kiri.

Oleh kerana kiri dan kanannya padat dengan kereta sehingga tiada ruang untuk dia menghimpit ke dua-dua belah tepi jalan, wanita itu mengambil keputusan untuk bergerak perlahan-lahan ke hadapan berharap akan ada ruang untuknya masuk ke lorong tepi jalan.

Apabila wanita itu menghampiri lampu isyarat merah di hadapan Pavilion, semua kenderaan berhenti, termasuklah juru iring bermotosikal VIP itu. Bagaimanapun, juru iring yang menaiki Proton X70 di belakangnya seperti tidak sabar, lalu terus melanggar bahagian belakang.

“Polis di hadapan sudah tepuk dahi apabila melihat dan terdengar bunyi perlanggaran antara Proton X70 itu dengan kereta saya.

“Oleh sebab saya tidak mempunyai pengalaman, pada waktu itu saya rasa mungkin SUV juru iring itu akan berhenti tepi untuk menyelesaikan insiden itu,” kata wanita itu.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, wanita itu berjaya menghimpit ke lorong kanan untuk melihat keadaan keretanya. Dia juga perasan pemandu SUV juru iring itu mengeluarkan tangan seolah-olah memintanya berhenti ke tepi.

Sumber Gambar: TikTok @mariaasren

Bagaimanapun, telahan wanita itu meleset apabila Proton X70 itu meneruskan perjalanan membawa kereta VIP meninggalkan kawasan sesak tersebut.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet lain. Ada yang menyokong wanita itu dan memintanya membuat laporan polis untuk cuba mendapatkan ganti rugi yang setimpal.

Namun, lebih ramai lagi yang mengecam wanita terbabit kerana dianggap tidak menghormati dan enggan memberikan laluan kepada juru iring VIP tersebut.

Ada juga yang mendakwa sekiranya berlaku situasi di mana tiada ruang untuk kenderaan menghimpit ke kiri atau kanan jalan, kita perlu berhenti bergerak di tengah-tengah jalan dan membiarkan juru iring dan VIP memotong dari kiri atau kanan dan mereka akan masuk semula ke lorong tengah-tengah semula.

Sumber Gambar: TikTok @mariaasren
Sumber Gambar: TikTok @mariaasren
Sumber Gambar: TikTok @mariaasren
Sumber Gambar: TikTok @mariaasren

Memetik Free Malaysia Today, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh berkata, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit sudah tampil membuat laporan.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan. Kita meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu supaya hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03 20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03 20260267/69 atau balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang pemilik Bezza telah dikecam ramai apabila membelanjakan lebih RM30,000 untuk ‘make up’ keretanya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Berhabis RM37,903 Untuk ‘Make Up’ Bezza, Perkongsian Kos Modifikasi Pemuda Ini Cetus Pertikaian Ramai

Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Nahas 5 Pelajar USAS

Kelam-Kabut ‘Menyelit’ Semasa Trafik Sesak, Proton X50 Terbalik Selepas Langgar Belakang Ativa