Nama ahli parlimen Pasir Salak, YB Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi buah mulut orang ramai berikutan kehadiran beliau meninjau kemalangan LRT yang berlaku diikuti dengan sidang media yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang ditamatkan serta turut dikenakan kompaun RM1,500 gara-gara gagal memakai pelitup muka di tempat awam antara tindakan yang dikenakan kepada beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
prasarana_020720a
Sumber: malay mail

Terbaharu, Datuk Seri Tajuddin memaklumkan beliau bercadang untuk mengambil tindakan kepada pihak yang cuba menjatuhkan imej beliau susulan insiden kemalangan yang berlaku.

Menurut beliau, terdapat pihak yang cuba menjatuhkan imej beliau dengan menggambarkan seolah beliau tidak prihatin, tidak sensitif serta mendakwa diri beliau sebagai rasis kerana mempersoalkan wartawan dari China yang disifatkan sebagai penghinaan.

Dalam pada itu, YB Tajuddin memaklumkan beliau tidak berdendam dan terkesan dengan perkara yang berlaku. Menurutnya, beliau yang memegang kata-kata berani kerana benar turut berkongsi pernah melalui pahit getir dalam politik termasuk dipecat UMNO pada tahun 1995. YB Tajuddin mengatakan masa akan menentukannya dan kebenaran akan terserlah.

Tular pada bulan lalu apabila YB Tajuddin dilihat memakai pelitup muka bernilai RM1,699 yang sekaligus menarik perhatian netizen.

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajuddin Jadi Perhatian Netizen

Tidak Pakai Pelitup Muka, YB Tajuddin Dikompaun RM1,500

Khidmat YB Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta Merta

Sumber