Sebelum ini, kisah menyayat hati seorang ibu tunggal yang menerima hadiah sebuah motosikal Yamaha Y15 daripada Ustaz Ebit Lew telah mendapat perhatian orang ramai.

Difahamkan, wanita itu telah menjadi penghantar makanan dengan hanya berjalan kaki dan tidak menggunakan motor seperti rider lain untuk menyara anaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Akan tetapi, muncul kontroversi apabila ada seorang lelaki yang mendakwa dirinya masih bergelar suami kepada ibu tunggal dikenali sebagai Emy itu sekaligus menjadikan dakwaan mereka sudah lama berpisah itu tidak benar.

Tambahnya, biarpun mereka tinggal berasingan, hubungan mereka suami isteri itu dalam keadaan baik dan masih berhubung demi kepentingan anak.

Terbaharu, lelaki yang dikenali Fakhrul Rosli itu memaklumkan dia dan isteri bukan lagi pasangan suami isteri selepas keputusan dikeluarkan oleh mahkamah semalam.

Malah, lelaki tersebut juga tampil membuat permohonan maaf kerana menuduh Ebit lew membuat konten tidak benar dengan menggunakan nasib menimpa isterinya, Amy, kelmarin.

“Saya mohon maaf atas apa yang saya katakan berkenaan tuduhan ustaz Ebit Lew hanya membuat konten sahaja adalah tidak benar dan tidak sengaja sama sekali.

“Wallahu, saya sendiri pun tidak tahu dan merendah diri memohon maaf atas semua kesilapan saya.” kata Fakhrul.