Sebuah berita yang mengejutkan ramai apabila FGV selaku syarikat yang aktif mengeluarkan produk sawit dalam negara disekat memasuki Amerika Syarikat gara-gara kenyataan yang dibuat oleh Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP).

Berdasarkan dakwaan yang dibuat, CBP mendakwan FGV mengamalkan gerak kerja melibatkan kerahan buruh paksa seperti penyeksaan terhadap golongan ditindas, keganasan fizikal, seksual, melakukan ancaman dan penyimpanan pengenalan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

fgv3

Siasatan tersebut turut mendakwa bahawa buruh paksa kanak-kanak telah digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit di syarikat tersebut.

Sehubungan dengan itu, CBP telah menegaskan pengharaman itu berkuat kuasa serta-merta. Keputusan yang dibuat CBP ini nyata memberi kesan kepada FGV dimana saham FGV dilaporkan turun sekitar 7 sen pada hari ini.

Pekerja Ladang Sawit

Pihak FGV turut tampil dengan kenyataan terbaharu memaklumkan pihak mereka telah mengambil langkah konkrit sejak beberapa tahun lalu dalam melaksanakan komitmen menghormati hak asasi manusia. Selain itu, pihak sekeras-kerasnya memaklumkan pihak mereka tidak mengambil buruh pelarian.

Setakat ini masih belum dipastikan tempoh sekatan yang bakal dikenakan CBP terhadap FGV menerusi dakwaan yang dibuat.

Tular pada minggu lalu apabila wanita ini mendawa ayam goreng McDonalds berulat sebelum mengakui bersalah kerana menyebarkan fitnah.

Dakwa Ayam Goreng McDonalds Berulat, Gadis Ini Mohon Maaf Dan Akui Sengaja Sebar Fitnah

Jadi Tumpuan Seluruh Malaysia, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Di IKM Lumut Pada Semalam

Sumber