Sebuah berita yang menggemparkan apabila syarikat penawar coklat Itali iaitu Ferrero dilaporkan mahu berhenti mendapatkan bekalan minyak sawit daripada Sime Darby Plantation selepas terdapat pihak berkuasa Amerika Syarikat yang mendakwa syarikat ini menggunakan kerahan buruh paksa.

Tindakan terbaru yang dilakukan baru-baru ini dikatakan seiring dengan usaha Ferrero yang menyokong hak asasi manusia. Setakat ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat turut mengesan sekitar enam syarikat termasuk Sime Darby yang menggunakan perkhidmatan buruh paksa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: malay mail

Sebagai rekod, syarikat Ferrero sangat bergantung kepada penggunaan minyak sawit di mana 85% minyak sawit yang digunakan syarikat mereka merupakan dari Malaysia.

Dalam pada itu, syarikat ini memilih untuk menghentikan pengambilan minyak sawit daripada syarikat Sime Darby bermula 6 April dalam mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Malah, syarikat ini dilaporkan telah menghentikan penggunaan minyak sawit dari Malaysia sejak Januari 2021 buat produk keluaran mereka yang dipasarakn di Amerika Syarikat.

Sumber: the guardian

Untuk pengetahuan, Ferrero merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam menawarkan seleksi coklat pilihan ramai seperti Ferrero Rocher, Ferrero Rondnoir, Nutella, Kinder Bueno dan Kinder Joy.

Tular pada minggu ini apabila seramai 650 pemegang akaun CIMB memilih untuk memfailkan saman secara berkolompok dalam menuntut bayaran sebanyak RM650 juta.

Tuntut Sebanyak RM650 Juta, 650 Pemegang Akaun Saman CIMB Secara Berkelompok

Orang Ramai Persoal Kos Pembinaan Jambatan Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak

Sumber