Sebut mengenai Pablo Escobar pasti orang ramai mengenalinya. Berjaya menjadi Colombian drug lord yang sangat terkenal serta berjaya memperoleh pendapatan sehingga berbillion dollar membuatkan beliau terus popular sehingga ke hari ini.

Meskipun sudah meninggal dunia sejak pada tahun 1993, legasi keluarganya yang kaya masih diteruskan sehingga kini. Menerusi laporan terbaru, abang Pablo Escobar iaitu Roberto Escobar baru-baru telah menyaman syarikat Apple dengan nilai $2.6 bilion (RM11.33 bilion).

Roberto-Escobar
Sumber: the travel addict

Menerusi laporan daripada TMZ, semuanya bermula apabila Roberto Escobar mendakwa terdapat pihak yang cuba menggodam iPhone X beliau menggunakan aplikasi FaceTime serta memperoleh alamat rumahnya. Tambahnya lagi, beliau turut menerima sepucuk surat berbaur ugutan menerusi alamat yang diperoleh.

Tidak senang dengan ugutan yang diterima serta risau dengan keadaan dirinya serta keluarga, beliau memilih untuk saman syarikat penghasilan iPhone iaitu Apple.

Berdasarkan tuntutan saman yang dibuat, terdapat pihak yang berpendapat tujuan Roberto Escobar menyaman Apple adalah sebahagian daripada teknik pemasaran bagi melariskan produk keluaran syarikat beliau iaitu Escobar Inc yang menawarkan iPhone 11 Pro 256GB edisi terhad yang disalut dengan emas.

Screen Shot 2020-05-28 at 4.31.14 PM
Sumber: RIP Apple

Lebih meragukan, model ini ditawarkan dengan harga $499 (RM2,174.94) iaitu jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan Apple. Para pembeli boleh mendapatkannya melalui laman web RIP Apple.

Di sebalik saman dengan kisah yang agak pelik terhadap syarikat Apple, siapa sangka Roberto Escobar berjaya memenangi tuntutan saman yang dibuat sebanyak $2.6 bilion. Roberto Escobar turut memaklumkan beliau sedia untuk berkongsi segala wang saman yang dimenangi kepada orang ramai.

Ironinya Apple sebelum ini pernah mengesahkan iPhone X sebagai telefon pintar dengan sekuriti terbaik di pasaran. Kemenangan Roberto Escobar di mahkamah sekaligus membuktikan sebaliknya sekaligus menimbulkan tanda tanya orang ramai mengenai pengaruh keluarga Pablo Escobar serta sekuriti iPhone.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Apple disaman. Sebelum ini Apple pernah disaman selepas terdapat seorang lelaki mendakwa iPhone membuatkan beliau menjadi gay.

Lelaki Ini Saman Apple Setelah Mendakwa iPhone Membuatkan Beliau Menjadi Gay

Apple Sekali Lagi Disaman Kerana ‘Sengaja’ Memperlahankan iPhone

Sumber