Ketika ini, ifluencer banyak memilih untuk menghasilkan konten ‘review’ makanan dan destinasi menarik untuk mendapat ‘view’ mudah daripada penonton.

Terbaharu, seorang influencer yang dikenali sebagai Eryn telah memuat naik sebuah konten makan shawarma di Bukit Bintang dan video tersebut telah dikongsikan kembali di media sosial.

Baca Juga:

Menerusi video tersebut, Eryn bersama rakan pergi ke kedai shawarma tersebut dan telah mendapat shawarma percuma daripada pekerja selepas membuat ‘pickup line’.

Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengkritik tindakan influencer tersebut untuk mencuba nasib mendapatkan shawarma percuma.

https://twitter.com/erynamira/status/1622099437156978697

Susulan menerima kritikan hebat netizen, Eryn menjelaskan di Twitter bahawa ianya hanyalah sekadar konten. Menurutnya, dia dibayar oleh pihak kedai untuk menghasilkan konten bertujuan mempromosikan kedai tersebut.