Sering kali apabila membincangkan sektor kesihatan negara di dunia, pastinya Malaysia disebut sebagai negara yang menawarkan sistem kesihatan terbaik buat rakyatnya.

Malah, dibuktikan sekali lagi sejak pandemik COVID-19 melanda dimana Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta pengawai kesihatan di Malaysia dijulang kerana berjaya mengawal situasi pandemik dengan baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
D3YjmVzWkAAY1xy
Sumber: Twitter @audreyyhteh

Dalam pada itu, muncul pula sebuah artikel terbaharu yang diterbitkan oleh seorang rakyat Malaysia di London yang mendakwa mendakwa sistem rawatan kesihatan di Malaysia sebagai mahal,serba kurang serta telah membuatkan banyak keluarga ‘dimufliskan’ oleh bil perubatan yang tinggi.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi artikel bertajuk ‘The scientist-gardener who is harnessing tobacco’s power to heal‘ ini nampaknya telah mendapat perhatian DG Hisham dimana beliau telah menepis dakwaan yang dibuat menerusi perkongsian status di Facebook.

Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal (UCH-universal health coverage) pada tahun 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai perkhidmatan rawatan kesihatan. Malaysia juga turut menyediakan rawatan kesihatan bersubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.

“Semua penduduk di Malaysia berpeluang mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma”.

“Dalam pelbagai aspek, peruntukan rawatan kesihatan awam, yang secara praktikalnya adalah percuma buat semua, dan dari satu sudut adalah menyamai dengan Perkhidmatan Kesihatan United Kingdom,” tambah DG Hisham. Beritut merupakan komen daripada salah seorang netizen berkenaan dakwaan yang dibuat Audrey Teh.

https://twitter.com/rejaie/status/1323117636725608450

Bukan itu sahaja, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga turut memperakui bahawa Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti berdasarkan kepada sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang terlatih.

20200328YM06_COVID19_Tests
Sumber: malay mail

Perkongsian DG Hisham di laman Facebook beliau nampaknya turut mendapat sokongan netizen. Para netizen juga turut kenyataan yang dikeluarkan Audrey Teh dengan melabelkan beliau sebagai kacang lupakan kulit.

Tidak kurang juga yang mahu kerakyatan beliau ditarik kerana memilih untuk menjatuhkan imej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tular pada minggu lalu apabila netizen mengecam tindakan Fahmi Reza yang melukis DG Hisham dalam mangkuk tandas.

Netizen Anggap Fahmi Reza Biadap, Lukis DG Hisham Dalam Mangkuk Tandas

Buat Lawak Hambar DG Hisham Tidak Berseluar Ketika Sidang Media, Polis Panggil Pemilik Akaun FB MGAG

‘Apa Kata Kita Semua Kembali Duduk Di Rumah Buat Sementara Waktu?’- Perkongsian DG Hisham Cetus Tanda Tanya

Sumber