Kecoh sejak beberapa hari ini mengenai seorang guru pemasaran bisnes iaitu Najib Asaddok menjadi buah mulut netizen apabila seolah menolak menjawab pertanyaan seorang individu di TikTok mengenai bisnes terdahulu yang berjaya dilakukan.

Isu menjadi lebih panas apabila guru pemasaran ini mempersoalkan kembali individu yang bertanya dengan jumlah usahawan yang berjaya dilahirkan serta kejayaan yang diperoleh dalam bisnes. Tohmahan netizen dengan melabelkan sebagai bisnes jual ‘air liur’ antara yang membuatkan situasi semakin tegang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@farqhan.com

#jombelajar #learnontiktok #businessguru

♬ original sound – farqhan.com – farqhan

Terbaharu, selepas video yang dikongsikan menerusi TikTok @farqhan.com tular serta meraih hampir dua juta tontonan, Najib Asaddok menerusi Insta Story beliau tampil menjelaskan perkara yang berlaku di mana beliau dirinya sebagai mangsa kepada video yang telah disunting.

Beliau juga turut mendakwa soalan yang diajukan sememangnya berniat untuk membuat provokasi terhadap beliau.

Sumber: Instagram Najib Asaddok

Dalam pada itu, beliau juga turut mengakui kelemahan  dirinya yang melayan soalan tersebut. Sebaliknya, beliau berpendapat untuk tidak melayan persoalan yang diterima menerusi TikTok Live beliau.

Najib Asaddok turut menjelaskan kembali ayat yang digunakan di mana label bodoh tersebut dituju kepada diri beliau dan bukannya kepada yang bertanya.

https://www.instagram.com/p/CecRJbDvmgM/

Guru pemasaran yang telah mengajar lebih 85,000 pelajar menurut laman web beliau ini turut memaklumkan dirinya tidak pernah membodohkan sesiapa sepanjang hidupnya.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku antara sifu pemasaran popular negara dengan seorang netizen yang bertanyakan soal kejayaan bisnes terdahulu dengan klik pautan di bawah.

‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu

Dilabel Pasar Raya Muslim Pertama Cyberjaya, Lelaki Ini Dedahkan Malakat Mall Sunyi Sepi Tanpa Pengunjung

Sumber