Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial beberapa video dirakam oleh seorang wanita dan memuat naik video tersebut di YouTube miliknya. Video tersebut menjadi perbualan netizen apabila dalam setiap videonya, dia mendakwa kaum Melayu dan India yang dijumpainya ‘menganggu’ dirinya.

Tindakan wanita tersebut kelihatan ‘racist‘ kerana hanya fokuskan pada dua kaum iaitu Melayu dan India. Lantaran itu, netizen tidak berpuas hati dengan video-video yang dimuat naik kerana perkara tersebut tidak berlaku dan mereka yang dirakam tidak tahu diri mereka dirakam untuk dijadikan konten.

Perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan orang ramai terutama sekali kaum Cina di Singapura berasa malu dengan tindakan wanita terbabit. Dalam satu perkongsian di Twitter, salah seorang ‘mangsa’ kepada wanita tersebut telah meminta maaf jika wanita itu terganggu dengan dirinya dan keluarga apabila mereka sedang memilih ‘peanut butter’ di sebuah pasaraya.

Tambahnya, dirinya telah menerima banyak permohonan maaf daripada rakan-rakan Cina bagi pihak wanita itu kerana perkara seperti itu berlaku kepada dia. Ismail Tahir mengatakan bahawa dirinya yang perasan dirakam selepas seketika hanya membiarkan perkara itu kerana tidak berfikir banyak.

https://twitter.com/EizAly/status/1386693455452139520

ezgif.com-gif-maker-2021-04-28T004035.927

Malah, Ismail berasa sedih kerana wanita tersebut berasa seperti itu terhadap mereka sekeluarga dan meminta maaf jika membuatkan wanita tersebut berasa tidak selesa. Difahamkan kini, YouTube Channel wanita tersebut telah dipadamkan pihak YouTube kerana melanggar polisi YouTube yang melarang konten mengganggu, mengertak atau mengancam.

Menurut laporan, sebuah laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa mengatakan telah menahan wanita terbabit untuk siasatan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Lukis Badan Dahulu Baru Pakaian’- Alasan Wanita Ini Disangkal Pelukis Berpengalaman

Hanya Salah Faham Dan Nafi Sindir, Neelofa Ikhlas Mahu Bantu ‘Abang Burger’

Pengunjung Bersesak Di Gedung Kain Terkenal, Netizen Bimbang Wujud Kluster Baharu