Sebelum ini, muncul dakwaan bandar Klang sebagai lokasi yang paling tidak selamat bagi kawasan Asia Tenggara di laman sesawang ‘Numbeo’. Lantaran itu, pihak Polis Selangor menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kenyataan yang dibuat laman sesawang berkenaan merupakan satu perkara yang mengelirukan dan tidak benar sama sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maklumat yang diterbitkan oleh Numbeo berkaitan indeks jenayah dan indeks keselamatan tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya. Bukan itu sahaja, kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang, Selangor.

Tambahnya, kadar indeks jenayah di daerah Klang masih dalam keadaan terkawal dan berada di paras rendah. Malah, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan laporan tersebut kerana ia tidak menggambarkan statistik serta fakta yang sebenar.

Tahukah anda, pada tahun lalu negara kita jauh ketinggalan dalam senarai negara paling bahagia di dunia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Ini Adalah Senarai Negara Paling Bahagia Di Dunia, Malaysia Jauh Ketinggalan

Malaysia Bukanlah Tempat Paling Selamat Jika Berlaku Apokalips, Lapor Saintis