Siapa yang tidak sedih apabila hasil usaha dan idea diciplak begitu sahaja oleh individu tidak bertanggungjawab. Malah, mesti ada yang berasa tidak terdaya apabila perkara tersebut berlaku.

Terbaharu, usahawan tempatan Yusfariq iaitu pengasas tudung jenama The Jasmine memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan kekecewaannya apabila rekaan konsep jenama tudungnya telah diciplak oleh jenama tudung terkenal.

@yusfariq

💔PLEASE STOP COPYING SMALL BUSINESS IDEA. #thejasmine #bawalmagnetic

♬ original sound – Yusfariq | The.Jasmine

Menerusi video tersebut, Yusfariq menangis kerana konsep tudungnya diciplak begitu sahaja oleh jenama tudung terkenal itu. Untuk pengetahuan anda, sejak tahun 2019 The Jasmine telah menghasilkan tudung bawal magnetik sebagai alternatif kepada pengguna yang tidak mahu gunakan pin.

Difahamkan, dua magnet kecil yang kuat disambungkan di bawah leher dan ia boleh diubah mengikut kesesuaian penggunanya. Lantaran itu, jenama tudung terkenal itu turut hadir dengan konsep yang sama seperti jenama tudungnya dan dikhabarkan akan dijual pada Selasa ini.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati. Malah, para netizen turut menyerang Instagram jenama tudung terkenal tersebut sehingga ia menutup ruangan komen.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengecam tindakan pemilik jenama terkenal tersebut yang menciplak tanpa rasa bersalah. Malah, rata-rata netizen turut berasa simpati kepada pengasas tudung The Jasmine dan mengajak orang ramai memberikan sokongan dengan membeli tudung The Jasmine.

Terdahulu, jenama terkenal ini turut pernah terpalit dengan beberapa kontroversi berkaitan isu ciplak melibatkan jenama tempatan lain seperti Soonaru dan banyak lagi.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dakwaan ciplak rekaan pada pautan di bawah ini.

Kecewa Dan Sedih, Naili Exclusive Dakwa Jenama Sabella Ciplak Karyanya?

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Cetus Kontroversi, dUCk Didakwa Plagiat Rekaan Aksesori Tudung Jenama Bokitta