Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Jika anda selalu meluangkan masa di TikTok, pasti pernah menemui live dari negara jiran yang memaparkan warga emas bermandi lumpur dek kerana mahu meraih gift daripada penonton. Kegiatan meminta sedekah dengan cara ini sudah mulai mencuri perhatian pengguna di media sosial di sana.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, seorang nenek berusia 55 tahun mengakui ketagih untuk mandi lumpur secara langsung di laman TikTok sehingga mendapat perhatian di media sosial tersebut.

Sumbeer Gambar: detikbali

Layar Sari atau Inak Mawar dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia itu mendakwa dia mampu memperoleh 1.5 juta RP (~RM425.35) dengan hanya melakukan live selama sejam di TikTok.

Inak Mawar merupakan salah seorang yang giat mandi lumpur di dua buah akaun TikTok yang diuruskan oleh jirannya yang dikenali Sultan Ahyar. Difahamkan Inak Mawar hanya duduk di dalam kolah yang dipenuhi air lumpur lalu menyiram air itu keseluruh tubuhnya.

Sumber Gambar: 1 media

“Saya dapat 9 juta RP (~RM2,554) setelah sembilan kali live. Daripada pergi bekerja di sawah dari pagi hingga petang, saya hanya diberi 35,000 RP (~RM9) sahaja,” kata Inak Mawar kepada detikBali.

Beliau juga mendakwa tidak pernah mengalami demam atau selsema walaupun berjam-jam menyiram air ke badannya semasa bersiaran langsung pada waktu pagi dan petang.

Inak Mawar berkata wang yang diperoleh daripada mandi lumpur di TikTok itu digunakan untuk membayar hutang bank serta membeli mainan untuk enam cucunya dan baki selebihnya digunakan untuk membeli keperluan harian.

Memetik detikBali, aktiviti mandi lumpur secara langsung di TikTok tersebut mula mendapat perhatian ramai penduduk setempat sehingga ramai yang meminta Sultan Ahyar untuk memberi peluang kepada mereka melakukan perkara yang sama seperti Inak Mawar.

Sementara itu, pemilik akaun TikTok @intan_komalasari92 berkata dia tidak pernah memaksa pelakonnya untuk mandi lumpur. Menurut Intan, wang yang diperoleh daripada melakukan siaran langsung di TikTok itu dikongsi bersama pelakonnya.

“Wang tersebut dibahagi dua, kalau dapat 2 juta RP (~RM567), yang mandi akan dapat separuh daripada itu,” kata Intan. Penstriman langsung di TikTok digunakan untuk berinteraksi dengan penonton secara langsung dan juga boleh menjadi platform untuk menjana wang tunai dengan pemberian daripada penonton menerusi gift.