Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa Malaysia tidak tersenarai dalam senarai 40 negara yang dijemput ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim disebabkan muncul dakwaan kononnya Malaysia kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.

Walau bagaimanapun, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia tidak diundang kerana bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim secara khusus merujuk kepada kriteria yang menentukan sama ada sebuah negara itu diundang atau tidak telah mendapat perhatian netizen dan para netizen mengatakan bahawa perubahan iklim akan memberikan impak ketara kepada Malaysia.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengkritik kenyataan beliau dan mengatakan perubahan iklim ketika ini turut telah memberikan kesan kepada ramai orang dimana cuaca yang tidak menentu menyebabkan banjir, hasil tangkapan nelayan berkurangan dan banyak lagi.

Bulan lalu, satu kajian daripada sekumpulan universiti UK meramalkan penarafan kredit Malaysia menjadi antara yang paling teruk terjejas kerana perubahan iklim. Pastinya isu pemanasan global dan perubahan iklim ini menjadi perhatian umum kerana ia akan mempengaruhi dari segi ekonomi dan juga semua kehidupan di dunia. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Jadi Pilihan Untuk ‘High’ Di Kelab Malam, Dadah Najis Lembu Raih Permintaan

Gagal Bayar Cukai Pendapatan RM1.69 Bilion, LHDN Fail Notis Kebankrapan Terhadap Najib