Siapa sangka lebih setahun menyerang dunia melalui wabak yang mudah tersebar antara satu sama lain, ujian mengenal pasti COVID-19 nampaknya hadir dengan cara yang lebih ekstrem iaitu melalui calitan dubur.

Dilaporkan ujian ini telah dilakukan oleh negara awal COVID-19 merebak iaitu China setelah lebih 1,000 pelajar dan guru dijalankan ujian COVID-19 melalui tekak, hidung dan juga dubur selepas dilaporkan terdapat kes positif pada kampus yang diduduki.

Ujian pada dubur lebih tepat

1611556545394

Difahamkan pemilihan untuk menjalani ujian melalui dubur ini dibuat setelah terdapat kajian yang menunjukkan terdapat individu yang disahkan positif COVID-19 melalui ujian pada dubur setelah disahkan negatif melalui ujian pada tekak.

Mengulas menerusi kaedah ujian dijalankan, ujian  tersebut melibatkan  pelapik dimasukkan sedalam 3 hingga 5 sentimeter ke  dalam rektum dan diputarkan sekitar empat ke lima kali sebelum dikeluarkan bagi mendapatkan sampel.

Melihatkan kes yang meningkat seluruh dunia, China telah memilih kawalan yang lebih ketat bagi mengelakkan peningkatan kes yang mendadak di negara itu. Individu yang memasuki negara China pula dimaklumkan perlu menjalani beberapa ujian COVID-19 serta menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibebaskan.

Ikuti kisah pelanggan Stabucks yang memilih untuk menyaman Starbucks sebanyak RM59,000 gara-gara dilukis muka bermata sepet oleh seorang barista.

Gara-Gara Lukis Muka Bermata Sepet Pada Cawan Pelanggan, Starbucks Disaman RM59,000

Sering Dengar Bunyi Bising ‘Kerusi Ditarik’, Lelaki Ini Pilih Untuk Lapor Polis 80 Kali Setahun

 

Sumber