Kecoh baru-baru ini apabila terdapat insiden di mana beberapa individu memaklumkan sekadar menerima suntikan tanpa vaksin. Insiden tersebut diketahui selepas melihat semula rakaman yang dibuat.

Berdasarkan insiden yang berlaku, orang ramai dilihat panik dan menjadi paranoid terhadap suntikan yang diterima atau bakal diterima kerana khuatir insiden yang sama bakal berulang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
YB-Timbalan-Menteri-MOSTI-melengkapkan-suntikan-dos-kedua-vaksin-COVID-19-2
Sumber: Mosti

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sains, Tenaga & Inovasi Malaysia, Datuk Ahmad Amzad Hashim memamklumkan agar orang ramai tidak mengambil gambar atau merakam video kerana mampu melambatkan proses vaksinasi di PPV.

Walau bagaimanapun, para penerima suntikan COVID-19 dibenarkan untuk meminta warga yang bertugas untuk menunjukkan vaksin dimasukkan dalam jarum sebelum disuntik.

Laporan daripada Kosmo sebelum ini memaklumkan punca berlakunya suntikan tanpa vaksin sebelum ini berpunca daripada keletihan warga yang bertugas di PPV.

Terdapat juga desakan daripada orang ramai untuk membenarkan rakaman dibuat bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Setakat ini tiga kes melibatkan suntikan tanpa vaksin antara yang berada dalam siasatan.

PM pada minggu lalu memberi cadangan untuk melonggarkan syarat buat penerima dos kedua suntikan vaksin dengan memberi kelonggaran dine-in.

PM Cadang Kelonggaran ‘Dine-In’ Di Restoran Buat Penerima Dua Dos Suntikan Vaksin

430 Hari Tanpa Kes Baharu, Rahsia Brunei Menang Melawan COVID-19

Sumber