Sebut mengenai ketum dan hemp, pasti pelbagai tanggapan negatif yang difikirkan orang ramai. Penggunannya secara salah sekaligus membuatkan mereka yang mengedar bahan ini menjadi buruan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin nyata mempunyai pendapat berbeza apabila memaklumkan mahu pihak kerajaan pertimbangkan kebenaran menanam tanaman hemp dan ketum.

Cadangan tersebut dibuat selepas Thailand memilih untuk mengeluarkan kedua-dua tanaman tersebut daripada senarai dadah.

KL02_23072020_SPM
Sumber: The Star

Menerusi perkongsian Datuk Zahidi kepada Sinar Harian, kedua-dua ini tanaman ini mampu memberi kebaikan dari segi perubatan dan juga meningkatkan pendapatan lebih dua juta petani kecil di luar bandar. Selain itu, kedua-dua tanaman ini dikatakan mempunyai permintaan eksport yang tinggi di negara luar.

“Orang yang menyalahgunakan ketum ini dari segi rekod sekitar 2,000 lebih sahaja. Sedangkan kita ada lebih kurang dua juta petani kecil-kecilan ini di luar bandar di seluruh negara yang boleh dapat manfaat”. Ulas beliau selaku bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

GettyImages-8922172561-5bd784f4c9e77c00513a200c
Sumber: The balance small business

Beliau juga turut mendakwa hemp yang sering kali dikaitkan dengan ganja merupakan kanabis yang tidak mengkhayalkan sekaligus mencadangkan kerajaan menarik keluar dua tanaman ini daripada senarai dadah merbahaya.

Tambahnya lagi, hemp juga dapat digunakan sebagai perabot dan juga dijadikan sebagai ubat kanser di mana ubah ini dijual pada harga mencecah RM1,800.

Untuk pengetahuan, beliau pernah mencadangkan perkara yang sama sejak dari tahun 2019 lagi. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Ahli Parlimen Padang Besar Cadang Penanaman Ketum Bagi Bantu Ekonomi Penduduk

Promosi Terbaharu Di AS, Suntik Vaksin COVID-19 Dapat Percuma Ganja

PBB Keluarkan Ganja Daripada Senarai Dadah Merbahaya, Kini Dianggap Sebagai Tanaman Ubat

Sumber